Kostum dalam teater tradisional boria di Pulau Pinang awal abad ke-21

Kostum dalam teater tradisional boria di Pulau Pinang awal abad ke-21. Gendang Alam, 12 (1). pp. 1-22. ISSN 2180-1738 (2022)



Abstract

Penulisan artikel ini bertujuan mengkaji kostum dalam teater tradisional boria di Pulau Pinang. Kostum merupakan salah satu daripada lima elemen yang terdapat dalam persembahan boria. Komponen boria terdiri daripada pelakon sketsa, sailor tukang karang, dan pemuzik yang menggunakan elemen kostum. Perubahan zaman menyebabkan boria telah menempuhi tempoh cabaran yang menguji kekukuhannya terutama kostumnya. Selain itu, pengubahsuaian kostum boria telah berlaku mengikut keinginan berdasarkan budaya komuniti tempatan. Terdapat dua objektif kajian, iaitu untuk mengenal pasti kefahaman dan fungsi elemen kostum dalam setiap komponen boria. Seterusnya, mengemukakan pembahagian kostum boria setiap komponennya pada awal abad ke-21 dalam persembahan boria moden. Pendekatan kualitatif telah diguna pakai dalam kajian ini yang melibatkan kaedah temu bual dan pemerhatian. Hasil dapatan pengkaji mendapati perubahan telah terwujud dalam kostum boria kini adalah kostum tukang karang dan kostum sailor kerana masyarakat lebih mudah tertarik berbanding dengan kostum pelakon-pelakon. Bukan itu sahaja, peranan pemuzik yang telah disingkirkan menyebabkan kostumnya tidak lagi dihasilkan. Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan kostum boria adalah satu langkah yang harus dilakukan oleh pelbagai pihak agar tidak disalahgunakan untuk tujuan komersial semata-mata.

Item Type: Article
Keywords: Boria, Kostum boria, Kostum tradisional, Pembahagian kostum, Rekaan
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Textile Designs
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 26 Jul 2022 08:49
Last Modified: 26 Jul 2022 08:49
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item