Lansaran etnik Murut Tahol: permainan atau tarian tradisional?

Lansaran etnik Murut Tahol: permainan atau tarian tradisional? Gendang Alam, 11 (1). pp. 143-168. ISSN 2180-1738 (2021)



Abstract

Lansaran ialah salah satu persembahan tradisional etnik Murut Tahol yang tinggal di pedalaman Sabah. Kajian ini bertujuan menyelesaikan permasalahan sama ada lansaran ialah sejenis permainan ataupun tarian. Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menjalankan kerja lapangan di daerah Kota Kinabalu, Tenom dan Nabawan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah temu bual, pemerhatian dan kajian perpustakaan. Analisis yang dilakukan terhadap data kajian adalah berasaskan interpretasi dan perbandingan antara ciri-ciri permainan tradisional dan ciri-ciri tarian. Kajian ini telah menyelesaikan permasalahan dalam kalangan pengkaji tarian, yang tidak pasti sama ada lansaran ialah sejenis permainan ataupun tarian. Hasil analisis mendapati etnik Murut Tahol mempunyai tiga jenis lansaran, iaitu pada asalnya lansaran ialah sejenis permainan kanak-kanak. Pada zaman mengayau pula, lansaran ialah sejenis tarian ritual. Akhir sekali, lansaran jenis olahan didapati adalah sejenis tarian sekular.

Item Type: Article
Keywords: Etnik Murut Tahol, Lansaran, Permainan tradisional, Tarian ritual
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 01 Aug 2022 09:24
Last Modified: 01 Aug 2022 09:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item