Program Bijak Usahawan Muda YBR dorong usahawan berjaya. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Seramai 160 usahawan muda di Johor menyertai Program Bijak Usahawan Muda anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) di Kota Tinggi, hari ini, bertujuan memperkukuh pengetahuan asas keusahawanan dalam perniagaan yang diceburi melalui modul perniagaan yang diterapkan. YBR berkata, program dengan kerjasama Persatuan Belia Bintang Selatan Johor Bahru selama dua hari, mendedahkan peserta kepada pengurusan perniagaan melalui tiga modul, bermula di peringkat asas, pengurusan pentadbiran dan perakaunan sehingga menembusi peringkat pasaran dalam talian serta penjenamaan. "Galakan dan dorongan perlu diberikan kepada usahawan dalam merancang strategi pemasaran yang lebih baik serta memastikan perniagaan mereka mempunyai matlamat yang jelas."Ia juga secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi serta isi pendapatan rumah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Usahawan muda, Asas perniagaan, Strategi pemasaran |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals By Subject > Entrepreneurship > Business Planning |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 05 Dec 2022 03:33 |
Last Modified: | 05 Dec 2022 03:33 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |