Program Bimbingan Usahawan SSM galak komuniti perniagaan manfaat SPPP. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Dalam usaha menyokong inisiatif kerajaan untuk memudah cara rakyat menceburi bidang perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) meneruskan penganjurkan Program Bimbingan Usahawan (PBU22) siri kedua bagi tahun 2022 melibatkan lebih 200 peserta dari seluruh negara. PBU22 yang diadakan secara fizikal dan dalam talian di Menara SSM@Sentral pada 14 Julai 2022, bertujuan memupuk kesedaran masyarakat mengenai keperluan mendaftarkan perniagaan selain menikmati faedah-faedah dan inisiatif yang ditawarkan.
Selain mengetengahkan topik-topik penting seperti kepentingan mendaftarkan perniagaan, PBU22 juga memberi fokus kepada inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) SSM yang diperkenalkan pada 23 Disember 2020 bagi membantu komuniti perniagaan daripada usahawan kumpulan B40 serta pelajar institusi pengajian tinggi sepenuh masa mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Bimbingan perniagaan, Insentif perniagaan, Keusahawanan, Pendaftaran perniagaan |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 05 Dec 2022 04:11 |
Last Modified: | 05 Dec 2022 04:11 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |