Pinjaman rumah diluluskan meningkat kepada RM93.9 bilion. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Jumlah pinjaman yang diluluskan bagi pembelian hartanah dalam enam bulan pertama tahun ini mencecah RM93.9 bilion, meningkat 18.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus memberi petunjuk tinjauan jualan yang lebih baik untuk pemaju hartanah. Ini selepas jumlah pinjaman gadai janji yang diluluskan pada Jun 2022 mencecah RM18.97 bilion, meningkat 45.3 peratus berbanding bulan sama tahun lalu dan 20.9 peratus berbanding bulan sebelumnya. Penganalisis MIDF Research, Jessica Low, berkata peratusan pinjaman yang diluluskan berbanding permohonan meningkat sedikit kepada 40.8 peratus pada Jun berbanding 38 peratus bulan sebelumnya, membayangkan bahawa keperluan bank bagi permohonan pinjaman hartanah masih lagi ketat. Beliau berkata, menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah mencecah RM46.5 bilion pada Jun 2022, meningkat 35.4 peratus berbanding bulan sama tahun lalu dan 15.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Hartanah kediaman, Pemaju hartanah, Pembelian hartanah, Pinjaman gadai janji |
Taxonomy: | By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Estate Management |
Local Content Hub: | Subjects > Architecture, Planning & Surveying |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 05 Dec 2022 04:31 |
Last Modified: | 05 Dec 2022 04:31 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |