Sukar dapat pinjaman punca rumah tak dapat dijual

Sukar dapat pinjaman punca rumah tak dapat dijual. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah melihat isu sukar mendapat pinjaman dalam kalangan bakal pembeli rumah menjadi antara faktor menyumbang kepada isu rumah siap tidak terjual.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk NK Tong, berkata rumah siap tidak terjual bukan isu baharu dan tidak mungkin akan dapat diselesaikan sepenuhnya. Beliau berkata, setiap kali rumah baharu dibina pasti akan ada sebahagian yang tidak dapat dijual berikutan beberapa faktor termasuk isu pembeli yang sukar mendapat pinjaman bank, perkara yang kerap diketengahkan oleh REHDA. "Banyak pemaju yang melaporkan bahawa walaupun pinjaman diluluskan, namun margin pembiayaan tidak ideal, seperti 70 peratus. Ia memberi kesan kepada keupayaan seseorang individu untuk membeli rumah, kerana deposit sebanyak 30 peratus serta bayaran lain yang perlu dibayar, adalah agak tinggi," katanya kepada BH.

Item Type: Newspaper
Keywords: Hartanah kediaman, Pinjaman bank, Pembeli rumah, Margin pembiayaan
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Estate Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Dec 2022 06:22
Last Modified: 05 Dec 2022 06:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item