Pasaran hartanah dijangka pulih kembali pada separuh kedua

Pasaran hartanah dijangka pulih kembali pada separuh kedua. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Sektor hartanah dijangka kembali pulih pada separuh kedua 2022, disokong oleh pemulihan ekonomi domestik, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk merancakkan pasaran hartanah. Pengasas dan usahawan hartanah Pro Men Sdn Bhd Michelle Chao Xiang Mei berkata kadar penularan COVID-19 yang terkawal di negara ini turut membantu melonjakkan sentimen positif dalam sektor itu. "Kita dapat melihat bahawa kerajaan telah mengeluarkan beberapa dasar untuk meningkatkan pasaran hartanah seperti penepian ke atas Cukai Keuntungan Harta Tanah dan pengecualian duti setem Memorandum Pemindahan (MoT) untuk pembeli rumah kali pertama," katanya. Beliau menambah pembeli akan dapat menikmati 100 peratus pengecualian duti setem MoT apabila mereka membeli hartanah berharga di bawah RM500,000, manakala pembeli hartanah berharga antara RM500,001 hingga RM1 juta layak mendapat diskaun 50 peratus ke atas duti setem.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasaran hartanah, Kos pinjaman, Pembelian rumah, Harga hartanah
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Estate Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Dec 2022 06:36
Last Modified: 05 Dec 2022 06:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item