Kenaikan OPR tidak jejas pasaran hartanah. [Newspaper] (2022)
Abstract
PETALING JAYA: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), kekal optimis dengan prospek industri hartanah, meskipun akan ada kenaikan dalam kos pinjaman perumahan susulan peningkatan satu lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR) diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Pemangku Presiden REHDA, Datuk NK Tong, berkata hartanah membabitkan pelaburan jangka masa panjang dan permintaan terhadap hartanah sentiasa ada walaupun sebelum ini negara dilanda pandemik COVID-19. "Sekarang adalah masa yang sesuai untuk pembeli mempertimbangkan membeli hartanah kerana segmen hartanah ini mempunyai lindung nilai yang baik terhadap inflasi dalam jangka panjang. "Walaupun OPR meningkat, kami lihat permintaan untuk segmen hartanah tetap ada terutama rumah mampu milik," katanya pada sidang media Karnival Jom Beli Rumah di sini, hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Industri hartanah, Pelaburan, Kos pinjaman perumahan, Kadar Dasar Semalaman (OPR) |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Finance |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 05 Dec 2022 06:49 |
Last Modified: | 05 Dec 2022 06:49 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |