Pasaran hartanah perlu sokongan pembeli asing

Pasaran hartanah perlu sokongan pembeli asing. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah tempatan memerlukan sokongan belian daripada pembeli asing untuk terus berkembang rancak pada masa akan datang. Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia, Datuk Seri Koe Peng Kang, berkata pergantungan kepada pembeli domestik tidak mencukupi untuk terus memacu kerancakan pertumbuhan pasaran hartanah tempatan. Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu menggalakkan pembelian hartanah oleh pembeli asing terutama membabitkan projek mewah yang boleh dilaksanakan menerusi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dengan menjadikan prosesnya lebih mudah dan kurang ketat. "Kerajaan perlu berfikir kaedah menjadikan Malaysia tempat lebih baik untuk tinggal dan bersara bagi orang asing. Lihat pasaran hartanah di Melbourne (Australia), permintaan (hartanah) tidak akan kukuh jika tidak ada pembeli asing dari Malaysia, Singapura dan China.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasaran hartanah, Pembelian hartanah, Pelaburan, Pembeli asing
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Estate Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Dec 2022 06:54
Last Modified: 05 Dec 2022 06:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item