'Pakej beli dulu, bayar kemudian' jerat ke lubuk hutang. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Dewasa ini, platform dalam talian "Beli Sekarang Bayar Kemudian" atau BNPL semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna, khususnya orang muda, dengan aplikasi mudah alih bersepah, sedia dimuat turun. Sepertimana cogan kata, pengguna boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan tanpa membuat pembayaran dahulu dengan prosedurnya semudah ABC - hanya perlukan kad pengenalan dan pengesahan wajah pembeli bagi tujuan pendaftaran - dan 10 minit kemudian seseorang sudah boleh berbelanja. Namun, bagai ada udang di sebalik batu, BNPL sebenarnya berisiko menjerat pengguna ke "lubuk hutang", kata penganalisis. "Saya melihat BNPL satu gejala membimbangkan kerana (buat masa ini) tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sekali gus memudahkan individu terjebak dengan hutang, terutama mereka yang tidak ada pengetahuan atau pengurusan kewangan yang bagus," ulas Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pengurusan kewangan, Beban hutang, Masalah kewangan |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Finance |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 05 Dec 2022 07:20 |
Last Modified: | 05 Dec 2022 07:20 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |