Keperluan hidup mendesak punca muflis

Keperluan hidup mendesak punca muflis. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk memperhalusi Akta Insolvensi 1967 bagi mengelak lebih ramai muflis, tepat pada masanya berikutan paras hutang isi rumah yang tinggi berpunca daripada keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Penganalisis Ekonomi Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata rakyat tiada pilihan kecuali terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan yang akhirnya membawa kepada kebankrapan apabila gagal melunaskannya. "Tekanan disebabkan faktor persekitaran semasa dan sudah sampai masanya Akta Insolvensi 1967 dikaji semula," katanya kepada BH. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin mengumumkan bahawa undang-undang itu menjadi perhatiannya selepas dimaklumkan 60 peratus individu muflis di negara ini terdiri daripada belia, hasil Laporan Pantauan Ekonomi oleh Bank Dunia.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pengurusan kewangan, Masalah kewangan, Beban hutang, Individu muflis, Kebankrapan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Dec 2022 07:33
Last Modified: 05 Dec 2022 07:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item