Malaysia kena tempias jika konflik Taiwan semakin serius. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik di Selat Taiwan boleh mencetuskan gangguan rantaian bekalan global sehingga menjejaskan Malaysia jika ia menjurus kepada tindakan ketenteraan China yang lebih serius, kata penganalisis.
Taiwan adalah salah satu peserta utama dalam rantaian pengeluaran global dan situasi itu bukan hanya memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan sektor pembuatan global, malah aktiviti perdagangan yang terjejas juga bakal memberi kesan buruk kepada sektor eksport dan perkilangan di negara ini. Ahli Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui'zz Morhalim, berkata buat masa ini, masih agak sukar untuk menilai kesan peperangan di Taiwan ke atas ekonomi Malaysia memandangkan ia bergantung kepada tindakan yang bakal diambil oleh China, di samping tempoh ketegangan itu yang dilihat berpotensi akan berlarutan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perkembangan ekonomi, Perdagangan antarabangsa, Kesan import |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 05 Dec 2022 08:27 |
Last Modified: | 05 Dec 2022 08:27 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |