Cukai Makmur ringankan beban kewangan kerajaan

Cukai Makmur ringankan beban kewangan kerajaan. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kutipan Cukai Makmur yang dikenakan sekali saja bagi 2022 dijangka membantu meringankan beban perbelanjaan kerajaan di tengah-tengah kenaikan tanggungan subsidi, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, kerajaan masih menanggung kos subsidi meskipun ia meningkat dan pada masa sama, hasil kerajaan turut meningkat sedikit, dengan Cukai Makmur yang diumumkan dalam Bajet 2022 dilihat membantu. Katanya, kerajaan mempunyai dua cara untuk meningkatkan hasil kerajaan dengan salah satunya adalah meningkatkan kadar cukai, langkah yang sangat tidak sesuai memandangkan ekonomi masih lagi dalam proses pemulihan. "Walaupun ekonomi dijangka berkembang dengan lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lalu, untuk memperkenalkan sistem cukai yang baharu, saya merasakan adalah masa yang tidak betul. Kita kena tunggu ekonomi berkembang ke tahap yang lebih stabil.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perbelanjaan kerajaan, Hasil kerajaan, Pencukaian, Pentadbiran kewangan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Dec 2022 08:54
Last Modified: 05 Dec 2022 08:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item