Kerajaan sasar penjimatan RM6 bilion belanja mengurus

Kerajaan sasar penjimatan RM6 bilion belanja mengurus. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyasarkan anggaran antara RM5 bilion dan RM6 bilion nilai penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022. Beliau berkata, penjimatan itu membabitkan beberapa perkara antaranya pengurangan pembelian barangan import dan perbelanjaan ke luar negara. "Nilai lima peratus (itu) tidak besar mana, malah kalau dilihat (dalam Bajet 2022), perbelanjaan kita adalah RM332 bilion, perbelanjaan pembangunan pada tahun ini sebanyak RM75 bilion, subsidi mencecah RM77.7 bilion dan kita menjangka mungkin mencecah RM80 bilion. "Nilai itu adalah sedikit, tetapi setiap sen dikira untuk kita membantu rakyat. Oleh sebab itu, kita terpaksa cari cara lain bukan sahaja daripada hasil baru naik seperti harga minyak dan komoditi yang tinggi, tetapi juga dengan cara penjimatan," katanya ketika ditemui pada sambutan majlis ulang tahun ke-10 studio animasi R&D di sini, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Bajet 2022, Peruntukan mengurus, Penjimatan perbelanjaan, Cukai makmur
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Dec 2022 09:04
Last Modified: 05 Dec 2022 09:04
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item