FGV ceburi penternakan tenusu bersepadu di Chuping Perlis

FGV ceburi penternakan tenusu bersepadu di Chuping Perlis. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya FGV Integrated Farming Sdn Bhd (FGVIF) menandatangani perjanjian pemegang saham bersyarat dengan Baladna Food Industries W.L.L dan Touch Group Holdings Sdn Bhd untuk pembangunan perniagaan penternakan tenusu bersepadu di Chuping, Perlis. Baladna Food Industries W.L.L merupakan anak syarikat Baladna Q.P.S.C. (Baladna). Pegangan saham bagi pihak-pihak terbabit ialah FGVIF (40 peratus), Baladna (40 peratus) dan Touch Group (20 peratus), manakala projek itu yang akan dibangunkan di kawasan seluas 3,259 hektar di Lembah Agro Chuping FGV (FCAV), dijangka melibatkan pelaburan sehingga RM4.5 bilion. Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan pada Sabtu lepas di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, di Serdang, disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelaburan, Penternakan tenusu, Pembangunan produk
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Dec 2022 09:35
Last Modified: 05 Dec 2022 09:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item