Eskayvie jelajah tujuh negeri bantu usahawan

Eskayvie jelajah tujuh negeri bantu usahawan. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Eskayvie menjelajah ke tujuh negeri di seluruh negara sebagai antara strategi serta menyediakan bimbingan kepada usahawan di bawahnya untuk mengembangkan perniagaan.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, Siri jelajah yang bermula di Kota Bharu, Kelantan dalam program 'Nexus Success Road Tour 2022' adalah susulan daripada kejayaan Nexus Success Convention yang berlangsung Jun lalu.
Katanya, selain latihan berterusan yang dijalankan atas talian, jelajah ini adalah inisiatif sokongan dan bimbingan bagi semua usahawan Nexus seluruh Malaysia untuk dilengkapi dengan ilmu kepemimpinan selain mahir dalam merancang strategi pemasaran yang berkesan. Ini bagi memastikan setiap mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam membina empayar perniagaan dan mampu berdaya saing untuk menghadapi situasi ekonomi yang mencabar masa kini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan bumiputera, Bimbingan usahawan, Ilmu kepemimpinan, Strategi perniagaan
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Dec 2022 04:11
Last Modified: 06 Dec 2022 04:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item