Dewan Negara lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan mengambil pelbagai langkah bagi menggalakkan golongan suami membuat caruman untuk isteri di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata ia termasuk cadangan agar suami yang mencarum dapat diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman dengan sebahagian caruman boleh ditanggung oleh pihak tertentu seperti kerajaan. "Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dengan mengambil kira implikasi kewangan. Pasukan teknikal juga akan ditubuhkan sekiranya terdapat tuntutan seperti ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 di Dewan Negara semalam.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Keselamatan pekerja, Insuran pekerjaan, Caruman KWSP, Sosial polisi |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 06 Dec 2022 05:06 |
Last Modified: | 06 Dec 2022 05:06 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |