Pindaan Akta 800 tambah baik liputan keselamatan sosial

Pindaan Akta 800 tambah baik liputan keselamatan sosial. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, akan meningkatkan siling gaji daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan untuk mencarum skim itu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata pindaan itu selaras dengan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja minggu lalu, yang bertujuan menambah baik liputan keselamatan sosial dengan meningkatkan faedah diterima pekerja. Katanya, pindaan Akta 800 itu akan mewujudkan caruman baharu bagi lingkungan gaji bulanan antara RM4,000 hingga RM5,000, sekali gus menambah baik perlindungan keselamatan sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan meningkatkan faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan, Elaun Bekerja Semula Awal dan lain-lain. "Ketika ini, jika seorang pekerja bergaji lebih RM4,000 layak menerima Elaun Mencari Pekerjaan di bawah Akta 800 selama enam bulan, pengiraan bayaran Elaun Mencari Pekerjaan bagi pekerja itu mengikut siling gaji sedia ada berjumlah RM10,665.

Item Type: Newspaper
Keywords: Keselamatan sosial, Sistem insurans pekerjaan, Siling gaji, Pentadbiran sumber manusia
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Dec 2022 07:15
Last Modified: 06 Dec 2022 07:15
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item