Kumbahan mentah mampu hasil gas butanol, etanol

Kumbahan mentah mampu hasil gas butanol, etanol. [Newspaper] (2022)



Abstract

CYBERJAYA - Kajian rintis di Loji Rawatan Kumbahan Cyberjaya mendapati setiap 15 liter kumbahan mentah mampu menghasilkan 15 peratus gas butanol dan 1.5 peratus etanol.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kajian rintis Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dan syarikat tempatan, EMB Business Sdn Bhd., di loji itu adalah selaras dengan usaha ke arah ekonomi kitaran dalam meneroka potensi sisa kumbahan sebagai satu sumber tenaga diperbaharui. Beliau berkata, setiap 15 liter kumbahan mentah itu mampu menghasilkan 15 peratus gas butanol untuk kegunaan bahan bakar gas memasak serta sumber bahan api untuk dapur mudah alih manakala 1.5 peratus etanol untuk kegunaan perubatan dan bahan api untuk kenderaan. Berucap pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara IWK dan EMB bagi meneroka penghasilan etanol dan biogas bagi tujuan komersial, di sini, hari ini, Tuan Ibrahim berkata kerjasama itu mampu menukar sumber kumbahan yang dahulunya tiada nilai ekonomi namun kini mampu menjadi sumber baharu kepada negara.

Item Type: Newspaper
Keywords: Rawatan sisa kumbahan, Kajian rintis, Sumber baharu, Tenaga boleh diperbaharui
Taxonomy: By Subject > College of Engineering > Chemical Engineering > Environment
Local Content Hub: Subjects > College of Engineering
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Dec 2022 07:36
Last Modified: 06 Dec 2022 07:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item