DBKL laksana inisiatif kitar semula dapat ganjaran

DBKL laksana inisiatif kitar semula dapat ganjaran. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Penduduk sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu negara berpeluang menikmati ganjaran berbentuk barangan keperluan asas dengan menghantar barang kitar semula di kios 1Komuniti 1Kitar Semula (1C1R).
Antara barang kitar semula yang boleh dibawa ke kiosk 1C1R yang beroperasi dua kali seminggu mengikut jadual yang telah ditetapkan itu ialah tin aluminium, kertas, plastik dan minyak masak terpakai. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata kemudahan kios statik 1C1R yang kini diwujudkan di PPR Seri Alam di Pudu, PPR Beringin di Jinjang dan PA Seri Kota di Bandar Tun Razak adalah untuk membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan penduduk setempat, selain mengurangkan penjanaan sisa pepejal di kawasan kepadatan tinggi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pembangunan lestari, Kitar semula, Sisa pepejal, Program alam sekitar
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Dec 2022 08:52
Last Modified: 06 Dec 2022 08:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item