Laporan penyakit pekerjaan naik tujuh kali ganda: JKKP. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA NERUS - Terdapat peningkatan tujuh kali ganda jumlah pelaporan penyakit dan keracunan pekerjaan yang diterima Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam tempoh 10 tahun iaitu 1,198 kes pada tahun 2011 kepada 9,822 pada tahun lepas. Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP, Ir Mohd Hatta Zakaria berkata, daripada jumlah itu sebanyak 5,289 kes merupakan penyakit pekerjaan yang telah disahkan pada tahun 2021.Menurutnya, JKKP telah menerima 4,928 kes pelaporan penyakit pekerjaan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dan 2,042 daripadanya telah disahkan sebagai penyakit pekerjaan. “Berdasarkan data penyakit pekerjaan yang disahkan tahun ini, sebanyak 1,273 kes atau 62.3 peratus adalah berkaitan masalah pendengaran disebabkan kebisingan pekerjaan manakala 35 kes atau 1.7 peratus adalah masalah tulang, otot pekerjaan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Penyakit pekerjaan, Keselamatan pekerjaan, Bahan kimia berbahaya, Kebersihan industri |
Taxonomy: | By Subject > Health Sciences > Environmental Health |
Local Content Hub: | Subjects > Health Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 06 Dec 2022 09:25 |
Last Modified: | 06 Dec 2022 09:25 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |