Segera tambah baik kualiti RMT atasi murid kurang nutrisi. [Newspaper] (2022)
Abstract
SECARA umum anak-anak menghabiskan purata enam hingga tujuh jam atau 50 peratus waktu mereka di sekolah setiap hari. Justeru, seharusnya sekolah dijadikan sebagai lapangan yang ideal untuk menerapkan tabiat pemakanan yang sihat.
Sebagaimana frasa yang sinonim dikaitkan iaitu, badan yang sihat dapat membina minda yang sihat. Melalui kata-kata ini, dapat dihuraikan bahawa makanan yang sihat akan mendorong kepada hasil baik dalam pencapaian pendidikan, kerana ia membantu tubuh melaksanakan fungsinya secara bersepadu dan menyeluruh. Di kebanyakan negara, makanan di sekolah adalah sebahagian besar daripada diet terpenting harian kanak-kanak. Oleh itu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Program Makanan Sedunia melancarkan projek untuk menambah baik pemakanan murid sekolah dengan sokongan kementerian berkaitan makanan dan pertanian di beberapa negara.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pemakanan kanak-kanak, Hidangan berkhasiat, Zat makanan |
Taxonomy: | By Subject > Health Sciences > Nutrition and Dietitien |
Local Content Hub: | Subjects > Health Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 30 Dec 2022 09:27 |
Last Modified: | 30 Dec 2022 09:27 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |