KKM setuju tubuh Majlis Austisme Nasional. [Newspaper] (2022)
Abstract
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju menubuhkan Majlis Austisme Nasional bagi membangun intervensi dan sokongan bersepadu serta menyeluruh kepada individu austisme.Menteri, Khairy Jamaluddin, berkata fungsi Majlis Austisme Nasional merangkumi latihan kepada ibu bapa, pendaftaran nasional dan landasan maklumat yang mempunyai kaitan dengan autisme daripada peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. Katanya, Majlis Austisme Nasional akan membabitkan antaranya Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta kementerian Iain yang berkaitan. "Majlis ini juga akan melihat kepada intervensi dan sokongan kepada individu austisme yang ingin menyumbang kepada pembangunan negara, sebagai contoh peluang pekerjaan dan kerjasama dengan majikan serta Kementerian Sumber Manusia.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Majlis Austisme Nasional, Individu austisme, Sokongan bersepadu, Intervensi kanak-kanak |
Taxonomy: | By Subject > Health Sciences > Occupational Theraphy |
Local Content Hub: | Subjects > Health Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 20 Jan 2023 03:54 |
Last Modified: | 20 Jan 2023 03:54 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |