PERKESO, UPM meterai MoU rawat pesakit strok

PERKESO, UPM meterai MoU rawat pesakit strok. [Newspaper] (2022)



Abstract

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) dan PERKESO memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi merawat serangan strok dalam kalangan pencarum pertubuhan itu.
Ia bertujuan memberi pengesanan dan rawatan awal kepada pencarum PERKESO yang mengalami serangan strok atau angin ahmar dalam tempoh 24 jam pertama selepas serangan. MoU itu ditandatangani Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Naib Canselor UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman di Hospital Pengajar UPM (HPUPM) hari ini. Dr Mohammed Azman berkata, kaedah rawatan digunakan adalah menerusi prosedur trombolisis dan trombektomi bagi mengeluarkan darah beku dalam saluran darah pesakit, diikuti prosedur rehabilitasi yang intensif.

Item Type: Newspaper
Keywords: Serangan strok, Pencarum PERKESO, Prosedur rehabilitasi, Pusat Rehabiliti PERKESO
Taxonomy: By Subject > Health Sciences > Environmental Health
By Subject > Health Sciences > Occupational Theraphy
Local Content Hub: Subjects > Health Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jan 2023 04:21
Last Modified: 20 Jan 2023 04:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item