Berjuta bahan arkib Malaysia di luar negara

Berjuta bahan arkib Malaysia di luar negara. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Bahan arkib berkaitan Malaysia yang berada di luar negara yang dianggarkan berjuta naskhah perlu diperoleh kerana antaranya ia amat penting untuk dijadikan bahan bukti sekiranya negara berdepan konflik perebutan hak kedaulatan kawasan, sempadan atau wilayah. Kegagalan memperoleh bahan arkib, termasuk dokumen rasmi dan tidak rasmi seperti fail pentadbiran, laporan dan perjanjian boleh membuatkan Malaysia 'berputih mata' untuk melindungi hak kepentingan negara dan rakyat di masa depan. Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM), Jaafar Sidek Abdul Rahman, berkata usaha mendapatkan bahan arkib berkaitan negara amat mustahak kerana ia dapat melengkap dan memperkukuhkan bahan bukti bagi membantu kerajaan menjalankan kajian serta penyelidikan mengenai persempadanan, mempertahankan hak kedaulatan serta pengesahan fakta sejarah negara. "Nak dianggarkan saya rasa tak dapat bagi angka yang tepat tetapi pada pandangan saya, bahan arkib berkaitan negara kita ada berjuta lagi di luar negara sama ada disimpan oleh kerajaan ataupun pengumpul persendirian.

Item Type: Newspaper
Keywords: Bahan arkib, Nilai sejarah, Dokumen rujukan, Bahan bukti, Arkib Negara Malaysia (ANM)
Taxonomy: By Subject > Information Management > Archives
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jan 2023 08:14
Last Modified: 20 Jan 2023 08:14
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item