Perpustakaan mini untuk pengguna stesen KTMB Butterworth

Perpustakaan mini untuk pengguna stesen KTMB Butterworth. [Newspaper] (2022)



Abstract

PUTRAJAYA – Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen Butterworth, Pulau Pinang kini boleh mengisi masa lapang dengan membaca di perpustakaan mini disediakan.
Perbadanan Aset Keretapi (RAC) menerusi hantaran di laman Facebook berkata, projek khas tersebut merupakan yang kedua diwujudkan selepas stesen Dabong di Kelantan. “Kemudahan berkenaan dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan bergenre santai sebagai salah satu daripada aktiviti di bawah program tanggungjawab sosial korporat,” jelas agensi itu semalam. RAC turut mengingatkan para pengunjung untuk menyimpan semula buku-buku yang dibaca itu di rak yang telah disediakan sebagai usaha menjaga sama-sama harta benda awam tersebut.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perpustakaan mini, Stesen kereta api, Bahan bacaan santai
Taxonomy: By Subject > Information Management > Library and Information Management
By Subject > Information Management > Library Science
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jan 2023 08:46
Last Modified: 20 Jan 2023 08:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item