Industri buku semakin tenat

Industri buku semakin tenat. [Newspaper] (2022)



Abstract

Dalam seminggu dua ini saya berkesempatan berkunjung ke kedai buku di Kuala Lumpur dan di Kuching. Di Kuching, beberapa buah kedai buku telah ditutup. Ini merupakan satu berita duka kepada peminat buku. Setiap kali kedai buku tutup, setiap kali juga saya berasa sedih.Sebab, sudahlah kedai buku di ibu negeri sedikit dan kecil, penutupan itu menyebabkan saya risau. Dengan semakin sedikitnya kedai buku, maka semakin mengecillah pilihan saya, apatah lagi kedai buku di Kuching tidak banyak menjual buku terkini, termasuk terbitan universiti tempatan.Memang, kini kita dapat menempah buku dari dalam talian termasuk Shopee.Namun membeli buku dalam talian dengan membelek serta membeli buku di kedai buku, tidak sama. Membeli buku di kedai buku, selain dapat mengisi masa lapang, memberi peluang kepada kita untuk meneliti buku yang kita minati.Sebelum membeli sesebuah buku, menjadi tabiat pembeli untuk memegang dan membelek buku berkenaan halaman demi halaman.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri buku, Tabiat membaca, Premis buku, Penerbitan tempatan
Taxonomy: By Subject > Information Management > Book Industries
By Subject > Information Management > Information Resource
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jan 2023 09:11
Last Modified: 20 Jan 2023 09:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item