Terus hidupkan industri buku demi memperkasa budaya ilmu

Terus hidupkan industri buku demi memperkasa budaya ilmu. [Newspaper] (2022)



Abstract

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 kali ini nampaknya sangat meriah, pulang ke tampuk asal di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) amat ditunggu tunggu oleh penerbit dan penulis. Dua tahun pandemik, penulis, penterjemah dan penerbit terutamanya menggunakan masa untuk menghasilkan karya yang baik. Hal ini jelas terlihat apabila dua minggu sebelum PBAKL bermula penerbit yang mengambil bahagian rancak mempromosi produk masing-masing di media sosial. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penggiat buku lebih banyak menggunakan jualan dalam talian demi memastikan keberadaan industri. PBAKL kali ini hadir dalam bentuk hibrid dengan lebih 500 reruai, juga dianjurkan dalam talian. Dianggarkan PBAKL kali ini bakal menarik 1 juta pengunjung sepanjang 10 hari 'beraya buku'. Malah jika dilihat jumlah mereka yang tampil sebagai pempamer turut memberangsangkan dengan 170 pempamer tempatan dan 20 antarabangsa, manakala jumlah reruai mencecah 530 buah.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pesta buku, Penerbitan buku, Budaya membaca, Penggiat buku, Jualan buku
Taxonomy: By Subject > Information Management > Book Industries
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jan 2023 09:19
Last Modified: 20 Jan 2023 09:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item