Kawalan biologi -Tiger Fly

Kawalan biologi -Tiger Fly. [Video] (2019)



Abstract

Kawalan serangan serangga secara semulajadi - Tiger Fly dalam perladangan organik semakin popular di kalangan pengusaha perladangan terutama bagi tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan . Namun pengusaha menghadapi cabaran perosak tanaman khususnya selepas aktiviti penyemburan racun serangga daripada ladang-ladang konvensional yang terdapat di Cameron Highland.

Bagi mengatasi masalah ini Jabatan Pertanian memperkenalkan kaedah kawalan biologi dan agen kawalan biologi. Kaedah ini bagi mengawal perosak seperti serangga, hama, rumpai dan penyakit tanaman menggunakan organisma lain. Ia berasaskan prinsip pemangsaan iaitu paratisma, herbivori atau lain-lain mekanisma pemangsaan semulajadi.

Antara tanaman yang teruk di serang pelombong daun ini ialah sayur-sayuran dan bunga. Antaranya beberapa jenis sayuran seperti tomato, cili, timun, salad dan daun sup atau saderi. Serangan ini boleh menyebabkan kehilangan hasil yang teruk sehingga 100 peratus. Kaedah tersebut turut berbantu dengan penggunaan 'pest repellant' yang di hasilkan daripada bahan-bahan organik yang terdapat di ladang.

Bahan organik yang di hasilkan dengan beberapa formula campuran memerlukan tenaga kerja untuk menyemburnya pada tanaman dan agak sukar kerana melibatkan kawasan yang agak besar.

Tiger fly atau lalat harimau merupakan spesis lalat yang berpotensi menjadi agen biologi untuk mengawal pelombong daun atau nama saintifiknya Liriomyza spp. Pembiakan lalat ini mula di perkenalkan di Cameron Highland terutama bagi aktiviti perladangan organik.

Teknologi kawalan biologi melalui pembiakan lalat harimau ini ternyata mengurangkan masalah serangan serangga perosak yang di hadapai peladang organik di kawasan Cameron Highland. Teknologi ini boleh di gunapakai dalam pengendalian ladang organik di kawasan tanah rendah dan mampu mengurangkan risiko kehilangan hasil tanaman yang tinggi.

Perkembangan industri perladangan organik membuktikan masyarakat Malaysia semakin peka dan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat. Demikian juga aspek penjagaan alam sekitar dan pemuliharaan kepelbagaian biologi melalui amalan agronomi tanpa penggunaan bahan-bahan sintetik dan kimia dalam makanan dan tanaman semakin di titik beratkan. Ini membolehkan permintaan terhadap makanan dan tanaman organik meningkat serta membantu perkembangan industri perladangan organik di di negara ini.

Item Type: Video
Keywords: Biological control, Botanical pesticides, Tiger fly, Pest repellant, Kawalan biologi
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Crop Biotechnology
By Subject > Plantation & Agrotechnology > Crop Protection
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 18 Jun 2020 00:53
Last Modified: 18 Jun 2020 00:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item