PBAKL terima lebih 1.3 juta pengunjung

PBAKL terima lebih 1.3 juta pengunjung. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Jumlah kehadiran di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 Ke-39 melepasi sasaran penganjur, apabila lebih 1.3 juta pengunjung direkodkan sepanjang 10 hari ia berlangsung. Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron, berkata sejumlah 1,363,757 pengunjung direkodkan menghadiri PBAKL sejak 3 Jun lalu sehingga jam 4 petang hari ini. Jumlah itu jauh melepasi sasaran awal penganjur yang sebelum ini menjangkakan kehadiran sekitar 700,000 hingga sejuta pengunjung dalam tempoh berkenaan. Selain itu, katanya, pesta buku terbesar di Malaysia itu turut mendapat sambutan hangat di media sosial apabila tanda pagar #pbakl2022 di TikTok merekodkan lebih 13.6 juta tontonan setakat jam 6 petang tadi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pameran buku, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Usahawan buku, Pengunjung PBAKL
Taxonomy: By Subject > Information Management > Book Industries
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jan 2023 09:42
Last Modified: 20 Jan 2023 09:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item