Kualiti keusahawanan dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space, 15 (3). pp. 13-27. ISSN 2682-7727 (2019)
Abstract
Kualiti keusahawanan amat penting dalam menjamin kejayaan seseorang usahawan. Kualiti keusahawanan boleh diukur berdasarkan faktor keperibadian dan orientasi keusahawanan. Selain itu, pelbagai program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh pihak berkepentingan
boleh dijadikan kayu ukur kepada kualiti keusahawanan. Namun begitu, setiap usahawan tidak bersifat homogeneus kerana mereka mempunyai keperibadian, orientasi dan persekitaran yang berbeza antara satu sama lain. Objektif kajian adalah mengukur tahap kualiti keusahawanan dan
mengenal pasti hubungan di antara faktor keperibadian, orientasi dan program pembangunan usahawan dengan kualiti keusahawanan yang dimiliki oleh usahawan kecil dan sederhana di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kualiti keusahawanan, Usahawan, Inovasi |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Farleen Azrina Zamberi |
Date Deposited: | 03 Aug 2020 06:08 |
Last Modified: | 03 Aug 2020 06:08 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |