Jadikan manuskrip Melayu sumber pensejarahan utama. [Newspaper] (2022)
Abstract
TANJUNG MALIM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mahu lebih ramai Keluarga Malaysia terutama golongan muda menjadikan manuskrip Melayu sebagai sumber pensejarahan yang utama. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata, manuskrip Melayu, yang merupakan khazanah warisan negara, perlu dihayati serta diberi penghargaan oleh anak muda agar tidak ditelan zaman yang kini serba-serbi moden dengan kecanggihan teknologi dan sebagainya. "Justeru bagi tujuan itu, Persidangan dan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2022 (PAMM 2022) hari ini dianjurkan melibatkan kerjasama PNM dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Majlis Belia Malaysia. "Ini bagi merealisasikan hasrat untuk menarik golongan muda menghargai manuskrip Melayu sebagai antara manifestasi kearifan tempatan dan jati diri bangsa Melayu serta memberi impak yang lebih besar di peringkat global selain berfungsi melaksanakan perolehan, pendokumentasian, pemeliharaan dan penggunaan manuskrip Melayu,” katanya kepada Bernama.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Manuskrip melayu, Pengurusan maklumat, Pendokumentasian, Sumber pensejarahan |
Taxonomy: | By Subject > Information Management > Record Management |
Local Content Hub: | Subjects > Information Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 20 Jan 2023 09:34 |
Last Modified: | 20 Jan 2023 09:34 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |