UKM olah manuskrip Melayu

UKM olah manuskrip Melayu. [Newspaper] (2022)



Abstract

BANGI: Telekung jenama terkemuka, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd berkolaborasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengangkat serta mengkomersialkan corak hiasan Melayu tradisional dijahit atas kain telekung. Rekaan itu telah direka oleh penyelidik UKM dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Ts Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria berdasarkan manuskrip Melayu Purba untuk dijadikan corak yang berdaya saing selain menerapkan nilai tradisional Melayu. “Saya berjaya menghasilkan lapan corak berdasarkan satu manuskrip dan pihak Siti Khadijah telah memilih empat daripada corak yang dihasilkan”. “Jika kita melihat manuskrip, sukar untuk kita nampak kecantikannya namun apabila ia telah diolah untuk menjadi corak bunga warisan seni, ia menjadi cantik dan berpotensi untuk dijulang ke persada nasional dan antarabangsa,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Corak hiasan Melayu, Nilai tradisional Melayu, Manuskrip Melayu, Harta intelek, Pengkomersialan
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jan 2023 09:39
Last Modified: 20 Jan 2023 09:39
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item