Kurang membaca 'bunuh' sastera

Kurang membaca 'bunuh' sastera. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Di sebalik keghairahan terhadap bahan bacaan dalam bentuk digital, kepentingan naskhah fizikal tetap ada. Malah sebenarnya naskhah fizikal dan versi digital perlu hidup secara bersama. Bagaimanapun cabaran sebenar bahan bacaan sastera, bukan sastera mahupun akhbar pada masa kini adalah generasi muda yang tidak banyak membaca. Mereka sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa dengan melayari internet. Disebabkan kepelbagaian pilihan hiburan dalam gajet masa kini, keutamaan membaca sedikit sebanyak mula terganggu walaupun bahan bacaan juga mudah diakses dalam talian. Aktivis seni yang juga bekas Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaafar mengakui masyarakat kini kurang membaca dan banyak menumpukan perhatian pada media sosial termasuklah aplikasi WhatsApp yang menjadi sumber maklumat mereka.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tabiat membaca, Generasi muda, Aktiviti penulisan, Medium media sosial, Penerbitan buku
Taxonomy: By Subject > Information Management > Book Industries
By Subject > Information Management > Electronic Publishing
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 20 Jan 2023 09:47
Last Modified: 20 Jan 2023 09:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item