Kenali Hakim Tirmizi, pengarang tasawuf dan ahli hadis

Kenali Hakim Tirmizi, pengarang tasawuf dan ahli hadis. [Newspaper] (2019)



Abstract

Hakim Tirmizi bukan hanya dikenali sebagai ulama fiqh dan ahli hadis pada abad kedua serta ketiga Hijrah, bahkan beliau lebih terkenal sebagai antara pengarang agung awal dalam bidang tasawuf. Dalam penyelidikan ilmiah mutakhir, kajian bibliografi paling lengkap daripada sejarah hidup hingga pemikiran dan penulisan Hakim Tirmizi dihasilkan oleh ulama serta pakar manuskrip Maghribi, Sheikh Dr Khalid Zahri. Sheikh Khalid menghasilkan magnum opusnya, Hakim Khurasan wa Anis al-Zaman selepas mengambil masa lebih 12 tahun untuk membaca, menganalisis dan mengkaji setiap penulisan berkaitan tokoh itu yang turut diterbitkan Persatuan Ulama Maghribi pada 2013. Ketokohan figura hebat dalam tradisi ilmu dalam peradaban Islam itu, dikongsi dalam satu wacana khas oleh Pensyarah Kulliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhammad Ayman Al-Akiti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kurator manuskrip, Pengarang agung, Institusi manuskrip, Penyelidikan
Taxonomy: By Subject > Information Management > Archives
By Subject > Information Management > Library and Information Management
By Subject > Information Management > Record Management
Local Content Hub: Subjects > Information Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Jan 2023 07:29
Last Modified: 25 Jan 2023 07:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item