MASA lantik ahli bersekutu bantu rangka penyelidikan, pembangunan komuniti

MASA lantik ahli bersekutu bantu rangka penyelidikan, pembangunan komuniti. [Website] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kemakmuran Bersama merupakan iltizam Kerajaan untuk membangunkan negara secara mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif di semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik dan rantaian bekalan. Wawasan ini menyasarkan peningkatan kemakmuran negara dan pengukuhan kestabilan politik ke tahap baharu, selain memastikan rakyat bersatu-padu tanpa prejudis dalam meraikan kepelbagaian kaum dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa. Selari dengan aspirasi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) untuk menjadi badan pemikir bebas yang mengangkat idea dan analisis dasar negara berpandukan nilai kemakmuran bersama, MASA amat menghargai sokongan dan dukungan para cendekiawan, penggubal dasar dan pemain industri sebagai penyumbang penting ke arah pembangunan sosioekonomi Malaysia dalam konteks Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

Item Type: Website
Keywords: Badan pemikir bebas, Kepakaran, penyelidikan, Pembangunan komuniti, Program felo
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Jan 2023 08:25
Last Modified: 25 Jan 2023 08:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item