Jururawat lelaki kewujudan yang tidak didendang. [Newspaper] (2022)
Abstract
SELEPAS melihat dokumentari mengenai ketua jururawat lelaki di Kedah yang bernama ‘Sister’ Bakar (yang telah kembali ke rahmatullah) ketika di bangku sekolah, terdetik di fikiran Kamal Ab. Ghani (gambar), 35, untuk menggapai cita-cita sama menjadi seorang jururawat. Kamal yang kini bertugas sebagai Jururawat Kaunselor HIV dan AIDS (Pediatrik) di Klinik Pakar 1, Hospital Kajang, Selangor, berkata, walaupun pernah ditertawa rakan sebaya apabila menyuarakan hasrat untuk menjadi jururawat sebaliknya apabila bekerja, dia disenangi ramai pesakit lelaki. “Umum mengetahui, jururawat lelaki tidak ramai. Tetapi penerimaan oleh pesakit sangat baik. Mungkin juga disebabkan oleh faktor pendidikan dan perkembangan kebanyakan pesakit lelaki ini mula menerima kehadiran jururawat lelaki terutama dalam kes yang melibatkan aurat.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Kejururawatan, Profession, Karier, Kepakaran, Pengalaman |
Taxonomy: | By Subject > Health Sciences > Nursing |
Local Content Hub: | Subjects > Health Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 25 Jan 2023 07:56 |
Last Modified: | 25 Jan 2023 07:56 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |