Ramai bakat baharu jika negeri miliki litar lumba

Ramai bakat baharu jika negeri miliki litar lumba. [Newspaper] (2022)



Abstract

PETALING JAYA: Hasrat kerajaan untuk membina litar lumba di setiap negeri bermula tahun depan mampu melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu dalam dunia permotoran di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ketika ini, pelbagai program pencarian bakat baharu industri permotoran sudah tersedia, namun, ia dijangka lebih meriah jika terdapat lebih banyak litar lumba di seluruh negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas pelumba motosikal profesional negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, pembangunan sukan permotoran akan lebih pesat menerusi cadangan pembinaan litar di seluruh negara. Katanya, berita gembira itu sudah lama ditunggu-tunggu peminat sukan permotoran kerana sebelum ini, litar lumba amat terhad sekali gus merencatkan segala perancangan untuk memajukan sukan itu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kemudahan sukan, Industri permotoran, Pelumba motosikal, Litar lumba
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Outdoor Recreation
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Jan 2023 09:11
Last Modified: 25 Jan 2023 09:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item