6 komponen lengkapkan kemudahan Kompleks Sukan Bukit Merbau

6 komponen lengkapkan kemudahan Kompleks Sukan Bukit Merbau. [Newspaper] (2022)



Abstract

PASIR PUTEH: Enam komponen kemudahan akan dibangunkan di Kompleks Sukan Bukit Merbau yang akan mula dibina Januari, tahun depan. Komponen kemudahan itu termasuk stadium utama yang dilengkapi padang bola sepak dan trek olahraga, dengan kapasiti 20,000 orang. Lima lagi kemudahan lain adalah arena tertutup dengan gelanggang pelbagai guna; stadium hoki serta dua padang; pusat skuasy; gelanggang 'lawn bowl' dan lapang sasar menembak dengan kemudahan `indoor shooting' dengan kapasiti antara 100 hingga 1,000 penonton. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pembinaan itu hasil kelulusan peruntukan perbelanjaan (DE) RM256 juta bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sekian lama ditunggu rakyat negeri ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kemudahan sukan, Kompleks sukan, Gelanggang
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Jan 2023 09:17
Last Modified: 25 Jan 2023 09:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item