Kelantan ketinggalan 30 tahun dalam sukan

Kelantan ketinggalan 30 tahun dalam sukan. [Newspaper] (2022)



Abstract

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengakui sudah ketinggalan 30 tahun dalam pembangunan infrastruktur serta kemudahan sukan berbanding negeri lain di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara ini perlu diberikan perhatian memandangkan Kelantan bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2026 nanti. Menurutnya, susulan itu Kelantan telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mewujudkan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) di setiap jajahan sebagai persediaan Sukma. “Permohonan tersebut sudah disenaraikan dalam Rancangan Boleh Pinda (Rolling Plan) kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) termasuk juga kemudahan-kemudahan lain. “Setakat ini Kompleks Sukan Bandar Jeli sudah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM28.59 juta dan akan dibina tidak lama lagi,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong daripada Pas Rozi Muhamad pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kali ke-14 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kemudahan sukan, Infrastruktur, Kompleks sukan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Jan 2023 09:22
Last Modified: 25 Jan 2023 09:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item