UiTM sedia beri hadiah istimewa buat Aniq

UiTM sedia beri hadiah istimewa buat Aniq. [Newspaper] (2022)



Abstract

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempertimbangkan untuk menawarkan kemudahan dan sagu hati kepada atlet angkat berat, Aniq Kasdan yang menghadiahkan pingat emas sulung negara dalam Sukan Komanwel Birmingham, semalam. Hadiah istimewa itu seperti mana dinikmati pelajar UiTM yang mewakili negara dalam Sukan SEA Hanoi dan Sukan Olimpik Tokyo seperti iaitu kolej kediaman, pengecualian yuran kolej dan pengajian serta insentif khas. Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, tawaran tersebut akan dicadangkan kepada pengurusan universiti sebagai penghargaan kepada Aniq yang bukan sahaja mengharumkan nama negara bahkan UiTM di persada dunia.
“Selari dengan hasrat UiTM untuk dikenali di seluruh dunia. Kita harapkan, orang, yang sudah mengecapi kejayaan untuk terus ingat asal usulnya, itu satu yang kita tanamkan dalam kalangan mahasiswa UiTM. “Semalam itu satu kejutan, sebenarnya saya di peringkat Naib Canselor dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), kita menggalakkan dan menolong dalam aspek mendapatkan (kemudahan) dalam masa sama Fakulti Sains Sukan yang memainkan peranan besar untuk melatih mereka,” katanya ketika ditemui hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Atlet angkat berat, Pingat emas, Sukan Komanwel, Insentif khas, Kemudahan sukan, UiTM, Kejohanan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Jan 2023 07:28
Last Modified: 26 Jan 2023 07:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item