Malaysia rampas kembali emas badminton berpasukan

Malaysia rampas kembali emas badminton berpasukan. [Newspaper] (2022)



Abstract

PETALING JAYA: Malaysia merampas kembali pingat emas berpasukan campuran Sukan Komanwel selepas menumpaskan juara bertahan, India 3-1 dalam aksi mendebarkan di Arena Birmingham, sebentar tadi. Pearly Tan mengetepikan sakit di buku lali untuk menghadiahkan mata kemenangan negara bersama M. Thinaah selepas menumpaskan Treesa Jolly-Gayatri Puella 21-18, 21-17 dalam saingan beregu wanita. Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terdahulu membantu Malaysia bermula langkah kanan dengan mengutip mata pertama selepas menumpaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-15 dalam beregu lelaki. Biarpun India berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas bekas juara dunia, P.V Sindhu menundukkan Goh Jin Wei 22-20, 21-17 dalam perseorangan wanita, namun kejutan yang dilakukan Ng Tze Yong menjadi titik kemenangan skuad negara.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan berpasukan, Badminton, Sukan Komanwel, Skuad negara, Pingat emas
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Jan 2023 07:52
Last Modified: 26 Jan 2023 07:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item