Malaysia sasar 7 emas Kejuaraan Silat Dunia di Melaka

Malaysia sasar 7 emas Kejuaraan Silat Dunia di Melaka. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Pasukan silat negara disasarkan untuk meraih tujuh pingat emas pada Kejuaraan Silat Dunia 2022 yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka dari 26 hingga 31 Julai ini.
Sasaran itu diumumkan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang menyifatkan jumlah itu realistik memandangkan kejohanan edisi ke-19 ini menggunakan corak permainan yang lebih terbuka dan ekstrem. "Saya sudah melihat barisan pesilat yang akan bertanding pada kali ini," kata Megat dalam sidang media Kejuaraan Silat Dunia 2022 di sini, hari ini. "Nampaknya semua pesilat terbaik dari seluruh dunia akan mengambil bahagian. Jadi kami mengambil keputusan untuk menyasarkan tujuh emas daripada 32 acara yang dipertandingkan. Saya merasakan peluang sama rata kepada semua negara yang mengambil bahagian. Bagi skuad negara, sesiapa sahaja mampu memenuhi sasara tujuh pingat emas itu."

Item Type: Newspaper
Keywords: Pasukan silat negara, Sasaran, Kejuaraan Silat Dunia 2022
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Jan 2023 10:30
Last Modified: 26 Jan 2023 10:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item