Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia

Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia. [Newspaper] (2022)



Abstract

MELAKA, 26 Julai (Bernama) – Kemunculan watak utama filem 'Mat Kilau' lakonan Datuk Adi Putra menghangatkan upacara pembukaan Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19, malam ini.
Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian dalam pertandingan selama lima hari bermula esok. Lontaran monolog Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim yang dipetik menerusi filem Mat Kilau itu disampaikan dengan penuh bersemangat sejurus upacara perasmian dilakukan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Terdahulu, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata silat memainkan peranan besar dalam memastikan budaya anak bangsa ini dapat dikenali di seluruh dunia.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pencak silat, Budaya Melayu, Pertandingan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Jan 2023 11:15
Last Modified: 26 Jan 2023 11:15
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item