Pahang iktiraf 78 guru silat sebagai Pendekar Pahang sejak 2003

Pahang iktiraf 78 guru silat sebagai Pendekar Pahang sejak 2003. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUANTAN: Kerajaan negeri mengiktiraf 78 guru silat di negeri ini sebagai Pendekar Pahang berikutan jasa mereka dalam perkembangan dunia kependekaran Melayu Nusantara. Yang Dipertua Persatuan Silat Negeri Pahang (Pesaka Pahang), Datuk Md. Sohaimi Mohamed berkata, anugerah selempang Pendekar dikurniakan kepada guru-guru silat yang telah menurunkan ilmu kependekaran kepada generasi secara berterusan dan berkembang sehingga sekarang. Menurutnya, penganugerahan Selempang Pendekar Pahang bermula 2003 apabila Almarhum Sultan Ahmad Shah mengangkat status guru silat yang berjasa kepada pemantapan institusi diraja, maruah bangsa dan kemajuan syiar Islam. “Ini kerana setiap falsafah perguruan silat dengan tegas mengajak ahli silat mempertahan kedudukan Islam, bangsa dan raja-raja Melayu,” katanya selepas Majlis Santapan Amal Diraja Pesaka Pahang dan Anugerah Selempang Pendekar Pahang Guru-Guru Silat Negeri Pahang 2022 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail Paya Besar di sini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Guru silat, Pendekar Pahang, Selempang pendekar, Ilmu kependekaran
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Jan 2023 11:21
Last Modified: 26 Jan 2023 11:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item