Nilai dan etika perniagaan dalam islam bagi membentuk usahawan bertakwa

Nilai dan etika perniagaan dalam islam bagi membentuk usahawan bertakwa. In: Proceeding International Conference on Islamic Leadership-2 (ICIL) 2012: Intellectuality and Leadership of Muslim Scholars in Research, Innovation and Creativity in Asean Region. 2012 ed. Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, pp. 477-484. ISBN 9789670393483 (2012)



Abstract

Bidang keusahawanan dikenal pasti sebagai pemangkin yang berpotensi besar untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara. Islam sememangnya menggalakkan umatnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sejak dari dulu lagi. Menjadikan aktiviti keusahawanan sebagai suatu ibadat akan mendorong seseorang Muslim untuk menjadi usahawan yang berjaya. Walaupun begitu, terdapat usahawan Muslim yang menjalankan perniagaan tanpa mengira halal dan haram di sisi syarak. Mereka menjalankan perniagaan dengan cara batil (tidak beretika) asalkan mendapat pulangan yang lumayan. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji nilai dan etika Islam dalam membentuk usahawan yang bertakwa. Usahawan yang bertakwa akan sentiasa beristiqamah dalam usaha untuk merealisasikan keusahawanan secara syumul dan seimbang. Untuk mencapainya, usahawan hendaklah bersedia untuk merealisasikan nilai keusahawanan yang terdapat dalam ajaran Islam secara berterusan termasuklah berikhtiar, beristiqmah, berlaku adil, ihsan, amanah dan ikhlas. Dengan cara ini, umat Islam akan memperolehi matlamat yang unggul iaitu "Al-Falah ", kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu, penghayatan kepada al-Quran dan al-Sunnah dapat membantu usahawan kepada pembentukan tauhid yang sebenar dan merupakan akar umbi kepada pembentukan nilai dan etika yang tinggi.

Item Type: Book Section
Keywords: Keusahawanan Islam, Nilai dan etika Islam, Usahawan bertakwa, Islamic Entrepreneurs
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Bahroni Moojee
Date Deposited: 18 Jun 2020 00:56
Last Modified: 18 Jun 2020 00:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item