Silat warisan berharga yang perlu dipertahankan: Reezal

Silat warisan berharga yang perlu dipertahankan: Reezal. [Newspaper] (2022)



Abstract

KEPALA BATAS - Silat adalah warisan yang sangat berharga dalam budaya dan warisan orang Melayu yang perlu dipertahankan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. "Silat dijulang dan diangkat sebagai benteng pertahanan negara yang ketiga, malah, ia juga telah berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). "Ini menunjukkan bahawa seni mempertahankan diri ini adalah warisan pusaka yang perlu dipertahankan oleh bangsa Melayu,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Bersilaturrahim Himpunan Seni Silat Melayu Pulau Pinang di sini pada Ahad malam. Reezal, yang juga ahli parlimen Kepala Batas dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya, dan Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang bagi tujuan mengadakan karnival silat di negeri itu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Silat, Warisan budaya, Seni mempertahankan diri, Karnival silat, Promosi pelancongan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Jan 2023 11:25
Last Modified: 26 Jan 2023 11:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item