Permudahkan urusan memohon sijil halal

Permudahkan urusan memohon sijil halal. [Newspaper] (2022)



Abstract

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar meminta agensi yang terbabit dalam pensijilan halal supaya mempermudah prosedur serta peraturan mendapatkan dokumen itu bagi kemudahan peniaga khususnya kalangan usahawan beragama Islam. Menurutnya, ini penting kerana aspek itu tidak hanya membabitkan keperluan mendapatkan sijil halal, tetapi turut membantu usahawan untuk kembali bangkit dan memajukan perniagaan masing-masing. "Sebagai menteri menjaga (hal ehwal) usahawan, saya berharap supaya proses sijil halal ini dipermudahkan kerana yang memohon adalah peniaga Melayu dan beragama Islam. "Adalah mustahil mereka mahu menjual barangan yang tidak halal. Saya sendiri sudah bangkitkan isu ini di peringkat Kabinet, namun masalah sama masih timbul. "Oleh itu, saya minta pihak berkenaan melihat semula prosedur dan peraturan supaya dapat dipermudahkan," katanya selepas sesi dialog bersama usahawan bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Selangor di sini, kelmarin. Sesi dialog turut disertai oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Muslimin Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Datuk Suriani Ahmad dan wakil daripada 11 agensi di bawah kementerian berkenaan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sijil halal, Prosedur permohonan, Usahawan tempatan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Jan 2023 11:44
Last Modified: 26 Jan 2023 11:44
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item