Persatuan perniagaan tak setuju, minta tangguh 2 tahun pengurangan waktu kerja

Persatuan perniagaan tak setuju, minta tangguh 2 tahun pengurangan waktu kerja. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) tidak bersetuju dengan pindaan Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam, berkuat kuasa 1 September ini. Pengerusinya, Datuk Abdul Malik Abdullah, yang menyifatkan pelaksanaannya bukan pada masa yang sesuai, sehubungan itu menggesa supaya kerajaan menangguhkannya selama dua tahun.
Beliau berkata, ini kerana pihaknya bimbang pindaan terhadap akta terbabit akan memberi impak yang tinggi terhadap kos operasi perniagaan. Katanya, tekanan dirasai, terutama ketika sektor perniagaan berada dalam proses ke arah pemulihan pasca COVID-19, tempias perang Russia-Ukraine, banjir dan inflasi sehingga menambahkan lagi cabaran serta bebanan kepada golongan peniaga.

Item Type: Newspaper
Keywords: Waktu bekerja, Persatuan perniagaan, Akta Kerja
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Feb 2023 09:30
Last Modified: 09 Feb 2023 09:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item