Usahawan industri mohon KKM henti serbu, rampas vape

Usahawan industri mohon KKM henti serbu, rampas vape. [Newspaper] (2022)



Abstract

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan serbuan dan rampasan ke atas industri vape pada beberapa hari lalu telah menjejaskan banyak operasi pengusaha vape di Lembah Klang dan memberi kesan kepada usahawan kecil dan sederhana yang melibatkan kerugian jutaan ringgit. Setiausaha Agung, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli, berkata ramai dalam industri tidak bersetuju dengan Akta yang dibentangkan baru-baru ini yang menyamakan vape seperti rokok serta cadangan polisi GEG (generasi penamat) yang akan mengharamkan industri vape pada masa hadapan. Akta itu kini sedang diperhalusi oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen. Menurut beliau, tindakan serbuan dan rampasan itu seolah-olah memberikan tekanan ke atas industri kerana industri tidak bersetuju dengan cadangan KKM untuk menyamakan vape dengan rokok serta cadangan polisi GEG.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri vape, Polisi GEG (generasi penamat), Garis panduan, Pengganti rokok
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Economics
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Jan 2023 11:59
Last Modified: 26 Jan 2023 11:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item